Heroes...
Tapi yang aku nak ceriteranya ni... bukan pasal heroes TV series tu... ceriteranya, hero kami yang ke-3 telah selamat di lahirkan pada 19 May 2007 di Hospital Pantai, Ayer Keroh Melaka... jam 2.08 petang... Syukur, semuanya sihat including ruby.... Seperti biasa, ni kes overdue lagi. Dulu Sufyan terlebih seminggu, Umar pulak 4 hari and Muaz ni terlebih 5 hari.... lupa pulak...hero kali ni, Muhammad Muaz namanya... Ramai yang kata muka lebih kurang Sufyan dan Umar ajer masa mula2 bersalin dulu.... tapi aku rasa nampak macam muka bapak aku.... hehehehe.. which is tok wan dia...
So now, Muaz dengan mamanya sedang bersantai di rumah opahnya... tinggallah aku, Sufyan dengan Umar kat teratak Cheng Perdana... Persoalannya??? Bila pula heroin nak join the group??... nantikan kemunculannya...... ahhahahaa
Kekenyangan selepas minum...
Seperti biasa... budak sibuk ni... pantang orang nak ambil gambar, mesti nak menyelit... Sufyan is very, very, very the happy one to receive another bro..... BUT.... (tengoklah Umar tu)
Alah, sedihnya budak ni.... tak sempat nak puas bermanja-manjaan... dah dapat adik pulak... what to do?... bukan salah ibu mengandung.... (actually, masa ni dia tengah demam... tu yang macam sedih tu.... this was taken one week before..... Umar pun seronok gak dapat adik...)
So begitulah updates dari aku setelah sekian lama tak updates the blog... Macam mana nak update, Liverpool pulak kalah dengan AC di sini.... (kesedihan nihhh).... nasib baik lah Mila menang AF5 dan menjadi perempuan pertama menjuarai AF sejak ia di lancarkan..... aku nak ambik kesempatan ini mengucapkan tahnah kepada Mila.... you go girl....
Tapi yang paling membanggakan aku adalah kisah member aku ni yang mana dia terlebih dahulu berkenalan dengan bapa Mila sebelum Mila mauk AF lagi.... bukan setakat berkenalan, malah memang rapat pun.... so proud of you, man..... cuma, yang lawak nya... masa bapa Mila balik dari cuti seminggu selepas konsert final AF tu, dia boleh tanyak orang tua tu, " Pak cik pi mana seminggu... tak nampak pun... lamanya cuti." Aduh sedihnya.... padahai terpampang muka bapa Mila kat channel 4 malam tu..... apa-apa pun, aku still bangga dengan hang....
Melalut la pula... nanti ceriteralah... nak pi tidoq la pulak...