Tu la pasal

Monday, February 27, 2006

Mawi and Liverpool



Apakah persamaan atau perbezaan diantara Mawi dan pasukan Liverpool??? Sebab apa aku tanya soalan ni??? Sebab malam tadi kedua-duanya menang..... hahahahaha tuje....

Actually, kalau kita tinjau betul2 Mawi dan Liverpool ni, ada persamaan yang sungguh kuat diantara mereka iaitu mempunyai peminat yang fanatik... Aku tak nafikan yang aku ni memang fanatik Liverpool tapi bukan Mawi ye... Mawi ni aku minat gitu2 aje....

Kalau kita imbas balik kejayaan Liverpool tahun lepas di Istanbul, kebangkitan diaorang selepas ketinggalan 3 gol adalah disebabkan oleh sorakan peminat mereka di stadium... Peminat Liverpool masih setia walaupun mereka menurun pada era 90'an... Hopefully, tahun ni ada harapan cerah untuk pasukan Liverpool..

Berbalik kepada Mawi... Malam tadi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005, beliau telah berjaya dinobatkan sebagai Artis Paling Popular Keseluruhan dan merupakan artis pertama hasil daripada rancangan realiti TV yang memenangi anugerah tersebut... Selain tu beliau juga memenangi Artis Baru Popular and Penyanyi Lelaki Popular... Inilah hasil daripada peminat fanatik... Ada setengah orang tak puas hati sebab biasa la... Mawi adalah raja sms... tapi bagi aku, tu rezeki dia... bagus la... bukannya dia tak boleh nyanyi langsung.... dia nyanyi ok what.... So... Tahniah Mawi and Liverpool.. Tu la pasal

Sebelum aku off... I just would like to thank abah emil (A Mouthful of Air) and noni kapet (koleq 9094) for your kind contribution to write something about me in your columm... I really appreciated it...

Friday, February 24, 2006

Lost Season 2 E 14


Last 2 days aku berjaya download Lost S2E14. Compare to E13, aku rasa E14 lebih menarik sebab dalam E14, geng baik dah barjaya menangkap seorang yang disyaki sebagai salah sorang daripada kumpulan "The Others". Walau bagaimanapun, mamat tu telah berjaya mengaburi mata pandang Jack dan Jack pun mati2 punya percaya yang mamat tu bukan daripada kumpulan "The Others".
Tapi apa yang buat aku percaya yang mamat tu adalah daripada kumpulan "The Others" ialah Syaid sebab Syaid ni memang pakar dalam meng"psycho" orang dan Syaid pulak memang confident yang mamat ni adalah daripada kumpulan "The Others". Tapi psychology process yang dia nak buat tu terbantut disebabkan oleh Jack, yang kononnya the savior. Blah laa....
Satu lagi yang best E14 kali ni ialah Mr. John Locke yang cool tu dah terlambat nak tekan code kat computer dalam hac tu. Aku dah gabra dah sebab nak tgk apa jadi kalau diaorang semua tak sempat tekan code kat komputer tu. Tapi nasib baik la tuan director tu saja nak tambahkan suspens untuk citer Lost ni.... walaupun John terlambat tekan code tu but the counter tu start sempat la start balik.... Tu la pasal..
So bersabarlah untuk review seterusnya....

Tuesday, February 21, 2006

Dewa 19 - Republik Cinta



Kepada semua baladewa Malaysia... album terbaru kumpulan rock Dewa - Republik Cinta telah pun berada di pasaran. I just bought it... Terima kasih kepada taiko kedai Inverno Music Station sebab informkan and simpankan satu copy untuk aku....

Tahniah kepada kumpulan Dewa.. Ini merupaka kelahiran album yang tidak menghampakan peminat.. I like this one more than album sebelum ni - Laskar Cinta... Tapi yang peliknya, lagu berjudul Laskar Cinta dimuatkan dalam album kali ni dan bukan album sebelumnya... Macam-macam hal... Tu la pasal...

Ok... album kali ni memuatkan 12 buah lagi, campuran English and Indons... Antara lagu yang tengah hit sekarang kat radio is Laskar Cinta (Chapter One)... Melodinya memang menarik.... Ala-ala arabic padang pasir sikit... Same goes with (Chapter Two)... Lirik yang sungguh puitis... Tahniah Ahmad Dhani...

Antara lagu lain sedap telinga mendengar are Emotional Love Song (tajuk je English, tapi nyanyian in Malay), Larut - Sedang Ingin Bercinta and Perasaanku tentang Perasaanku Kepadamu... Memang meleleh.. Dalam album ini juga terselit sebuah lagu lama dendangan kumpulan Queen - I Want to Break Free cuma dinyanyikan semula oleh kumpulan Dewa

So dapatkan album yang ori... Hapuskan cetak rompak...

Friday, February 17, 2006

One Nice Caption



Actually this caption was sent by my lovely wife... It a very nice caption...

"Failure is always a part of the success story; it's part of business. When you learn from your mistakes, it becomes learning cost, not wasted money."
Adakah benar yang kita tidak mempunyai cukup masa untuk membaca pelbagai benda.... ??? Waktu mana kita nak selit masa membaca sekiranya kita mengamalkan teori 888.... Tu la pasal

Thursday, February 16, 2006

Panorama

Sebenarnya, aku dah post dah this cute pic of my son kat dalam fotopages. Tapi tak pa lah..... aku letak lah sekali lagi dalam blog sebab aku suka tengok gambar ni..... nampak macam blur je anak aku nih.... tapi sebenarnya, dia tgh tunggu nak terkam camera phone aku tuh.... hahahaha

Panorama ni adalah salah satu setting aku guna from aku punya camera phone. Menarik.... satu benda yang baru buat aku..... First time pakai Sony Ericsson..... Sebelum ni asyik pakai nokia saja...... Tu la pasal

Percubaan kali kedua


Ini dah kali kedua aku create blog nih..... Kalau tak jadi jugak, tak tau lah.... Dulu dah buat dah.... tapi terbengkalai..... I'll give it a try for the second time....

Well not much to say.... semalam aku demam, so sempat la aku layan Deperate Housewives season 2 sampai episode 13.... so kenalah tunggu untuk download episode yang seterusnya....

One more thing, aku pun baru habis layan Lost season 2 episode 13 jugak semalam.... dah semakin berdebar nak tunggu episode seterusnya..... ni semua streamyx punya hal lah ni.... dulu tak dak masa la aku nak melenggak depan PC sampai tgh malam.... sekarang dah jadi macam tabiat la pulak.... tak switch on PC tak boleh.....tu la pasal