Tu la pasal

Monday, February 27, 2006

Mawi and Liverpool



Apakah persamaan atau perbezaan diantara Mawi dan pasukan Liverpool??? Sebab apa aku tanya soalan ni??? Sebab malam tadi kedua-duanya menang..... hahahahaha tuje....

Actually, kalau kita tinjau betul2 Mawi dan Liverpool ni, ada persamaan yang sungguh kuat diantara mereka iaitu mempunyai peminat yang fanatik... Aku tak nafikan yang aku ni memang fanatik Liverpool tapi bukan Mawi ye... Mawi ni aku minat gitu2 aje....

Kalau kita imbas balik kejayaan Liverpool tahun lepas di Istanbul, kebangkitan diaorang selepas ketinggalan 3 gol adalah disebabkan oleh sorakan peminat mereka di stadium... Peminat Liverpool masih setia walaupun mereka menurun pada era 90'an... Hopefully, tahun ni ada harapan cerah untuk pasukan Liverpool..

Berbalik kepada Mawi... Malam tadi, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005, beliau telah berjaya dinobatkan sebagai Artis Paling Popular Keseluruhan dan merupakan artis pertama hasil daripada rancangan realiti TV yang memenangi anugerah tersebut... Selain tu beliau juga memenangi Artis Baru Popular and Penyanyi Lelaki Popular... Inilah hasil daripada peminat fanatik... Ada setengah orang tak puas hati sebab biasa la... Mawi adalah raja sms... tapi bagi aku, tu rezeki dia... bagus la... bukannya dia tak boleh nyanyi langsung.... dia nyanyi ok what.... So... Tahniah Mawi and Liverpool.. Tu la pasal

Sebelum aku off... I just would like to thank abah emil (A Mouthful of Air) and noni kapet (koleq 9094) for your kind contribution to write something about me in your columm... I really appreciated it...