Tu la pasal

Tuesday, March 14, 2006

Tak Seindah Wajah


Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir.
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang.
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban.
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda.
Lirik lagu ni memang mendalam maksudnya... Kalau sapa pernah dengar lagu ni, aku rasa mesti feel kaw2... For those who haven't, pegi la dengar (dapatkan CD yang ori)... sedap, jiwang dan feylong... Lagu ni adalah nyanyian Tan Sri S.M. Salim... Lagu dicipta oleh Ibrahim Bachik dan lirik ditulis oleh Tan Sri sendiri... Disampaikan dengan penuh penghayatan... tu la pasal

Yang feylong sikit kali ni bukan apa, tanpa disangka2, hari ni ada a few people tiba2 saja contact aku... those yang aku dah anggap macam adik dah... yang peliknya sorang hantar email, sorang sms, and sorang lagi call.... tak la pelik sangat... but anyway, terima kasih kerana masih sudi caling2... two of them, practical student kat tempat aku dulu, Dayang and Sheyda.... Ni rock punya budak dua2 org ni... sorang kuat makan and sorang lagi kuat makan dan tido (lebih kurang macam aku la jugak...)

And the other is Afza (memang nama sebenar)... seriously aku ingat afza dah berangkat ke Dubai dah... rupanya pagi ni baru nak bertolak... Apa2pun selamat berangkat and jgn lupa belikan T-shirt satu from Dubai....