Tu la pasal

Friday, July 28, 2006

Agaklah Terlambat

Actually bukan lambat apa... hero aku no 2 ni berjaya meniarap sendiri dengan jayanya pada tanggal 20 July 2006 yang lalu.... so agaklah terlambat aku mengupdatekan kejayaan beliau ini... Hahahaha... tak sabar rasanya nak tengok dia merangkak dan berjalan pulak...

"kenapa, tak percaya ke..."


"nak tengok AF la pulak..."

"alamak... lenguh la pulak"

dan hero aku yang first ni...."tengok apa tu..."



Saturday, July 22, 2006

Sheila Majid at Planet Hollywood


Kepada peminat-peminat Sheila Majid di luar sana, janganlah melepaskan peluang anda untuk menikmati persembahan beliau secara langsung di Planet Hollywood, Sunday Nite Live pada 23 dan 30 July ini bermula jam 10.30 malam. Persembahan ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke 20 pembabitan beliau di dalam industri muzik.

Beliau dijangkakan menyampaikan rangkaian lagu dari album terbaru beliau iaitu Legenda XVXX yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu (dapatkan yang original). Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut dan akan disampaikan adalah lagu hit beliau Legenda, Malam Kubermimpi, Kisah Rumah Tangga dan berbagai lagi. Selain itu yang pastinya beliau juga akan turut menyampaikan lagu wajib beliau seperti Antar Anyir dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Warna, Emosi, Dia, Kasih, Ku Mohon dan banyak lagi hasil dari keluaran album2 beliau sebelum ini.

Ia akan menjadi malam yang sentiasa diingati kepada mereka yang menghadiri persembahan beliau kerana beliau sentiasa berjaya menghiburkan peminat2 beliau. Saya sendiri pernah menyaksikan persembahan live beliau di Planet Hollywood beberapa kali sebelum ini dan tidak pernah dikecewakan oleh persembahan beliau. Persembahan live beliau di Planet Hollywood berbeza dengan persembahan konsert beliau di stadium2 kerana persembahan live di Planet akan membuatkan kita merasa lebih dekat atau lebih touching dengan beliau. You will feeI enjoy watching it. So, kepada sesiapa yang yang akan menyaksikan persembahan beliau, hope you'll enjoy the show. As for me, maybe i'm gonna miss this one.... ku didalam Emosi ini,

Monday, July 17, 2006

AF4 yang mengecewakan

This week concert kira OK la jugak compare to last week.... Last week (Konsert ke 6) was the worst ever concert AF in the history of AF.... This week persembahan semua agak memberangsangkan except for Farhan, which is my favorite...

Lotter kali ni ditugaskan untuk menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman - Chow Kit Road... his performance kali ni ada improvement la jugak compare the previous2 one.... tapi unfortunately terkeluar pada konsert kali ni.... Aku dok ingat he can make it to the final, tapi hampeh... mungking penyokong2 beliau telah putus harapan kut sebab melihatkan persembahan beliau yang sebelum2 ni memang sungguh lemah... Mungkin jugak dia dapat menunjukkan sebarang kelainan dalam persembahan2 beliau. Waimah apapun... harapan nak menag kereta dah tak dak lagi dah...

Farhan - Aku rasa dia terkongkong sangat dengan konsep rock yang terpaksa dibawanya.... sebab tu dia punya performance tidak begitu memberangsangkan compare yang sebeblum2 ni.... but come to think of it, she did it fine sebab lagu Meniti Titian Usang tu merupakan lagu laki (Search) and dibawakan oleh perempuan... so kira ok lah.... Ni lah satu2nya calon aku yang tinggal pun... kalau dia out in another 2 more concert, bermakna no more AF for me... sebab yang tinggal semua ni amatlah tidak best... you go girl....
Faizal - mamat wa timoh landok ni pun satu... kejap ok, kejap tak ok... walaupun ramai yang minat dia ni disebabkan oleh kejujuran beliau dalam AF 4 kali ni, tapi bagi aku, Mawi jujur lagi la.... beliau tidak menunjukkan minat sangat dalam mempelajari ilmu di dalam AF tu.... main je lebih... tapi bila time concert, ok pulak tu... tu yang membuatkan dia perasan bagus tu.... should be that way.... beliau akan memberikan saingan sengit kepada Farhan... AWASSSS..... kepada pengundi Farhan, jgn tunggu sampai last minute baru nak undi.... Afundi sekarang... taipkan Afundi Farhan dan hantarkan ke 32999.... saya ulangi 32999..
Velvet pada minggu kali ni membawakan lagu Caramu (Nikki feat. Zahid AF2)... memanglah jauh persembahan dia... but the effort is there... gandingan beliau dengan Zahid tak dapat mengatasi gandingan Farhan dengan Sazzy dulu .... elok2 aku baru nak feel lagu ni, dia dah potong mood aku... nasib baik dah DL lagu ni tadi (jgn risau, nanti aku beli CD yang ori, nak layan feel dulu)... she has a good range of voice... tapi too comfort and confidence... hopefully dia masuk final nanti, supaya aku tak boring nak layan konsert final nanti...
Amirul punya is getting better... but overall termasuk perangai dia, memang la tidak best ataupun tidak layak langsung untuk masuk final.... harapkan muka je la... tu yang undi tinggi tu.... tak pernahnya serious nak belajar.... masa konsert ke tujuh hari tu, beliau membawakan lagu VE - Oh No.... starting ok, tapi lepas tu semput.... memang oh no kamu pun.... adios....
Haziqqqqq - melihatkan persembahan beliau sebelum2 ni and plus diari last minggu ke tujuh (which is adegan dia dgn leez aje) plus konsert semalam yang mana beliau membawakan lagu favourite aku tuh (Tan Sri S.M. Salim - Tak Seindah Wajah)... sungguh la meloyakan dan ditambahkan lagi condition dia yang selalu menggeletar masa konsert.... wehhh... rugi masa aku aja taip pasal mamat ni.... should have gone out awal2 lagi... sorry la....
Watching AF4 this year, memanglah sungguh tidak ada class compare dengan yang sebelum2 ni... entah apasal ntah... budak2 kali ni macam tak dak effort langsung nak improvekan persembahan diaorang.... kalau kena lagu yang bukan makanan diaorang, memang akan hancurlah persembahan diaorang.... harapkan Farhan sajalah yang menyelamatkan keadaan... nak comparekan dengan AF1 pun at least diaorang cuba jugak menyampaikan dengan sebaiknya dan berjaya menghiburkan penonton... contohnya macam persembahan Nana - I'll survive... Adam-Smooth Criminal... Felix-lagu Rob Thomas.... ni tak langsung... so far sejarah AF, the best student ataupun the best performer tidak lain dan tidak bukan Amylea AF3 ...

She managed to deliver all her task last year so good.... kasilah lagu apa pun, gerenti best punya... lagu Norah Jones... sambil duduk je dia nyanyi.... and yang paling aku ingat sekali sekali, her performance during the final.... Sweet Child of Mine... sungguh menakjubkan... (lihat gambar diatas)... siap standing ovation tu lepas show.... memukau penonton.... termasuklah lagu beliau sendiri, Ku Berserah..... beliau memang menjiwai setiap persembahan beliau.... Kudos to you babe.... so, kita tgklah sapa yang berjaya memenangi AF4 kali ni.... Janganlah buat keputusan berdasarkan nafsu... gunalah semua deris sebelum anda mengundi....

p/s: thanks to Astro for the pics...Next posting pasal Sheila live at Planet Hollywood.... tunggu...

Tuesday, July 11, 2006

World Cup Champion - Italy


Walaupun team favourite aku Argentina gagal untuk menjadi World Cup Champion tahun ni, but at least my another favourite team aku, which is Italy has made it, becoming the new champion, sudah cukup memuaskan hati aku serta mengubat luka lama aku, akibat kekalahan kepada France in EURO 2000.

It was a great game walaupun pemenang ditentukan melalui sepakan penalty. Italy was not the Italy when they played in EURO 2000. Back then, Italy played a total defensive game but this year world cup, diorang main a total football game. Attacking, passing cantik, defence kuat, finishing pun not bad.... Enjoy la tengok diaorang main hari tu. Waimah apa pun, second half tu ada jugak nampak they are more towards defensive sikit but at least they manage to get a second goal... Unfortunately it was off-side....

The best part is that Del Piero dapat merasa being a world cup champion sebab dia pun salah seorang favourite player aku tuh... aku rasa aku start minat Italy sebab dia lah kut... Dia main untuk Juventus and I followed him sampai ke EURO and sampailah ke World Cup 2002 and 2006... Walaupun dia tak menyumbangkan gol but his role in the team was so impressive.

Hard luck to France... memang tak de luck la... kalau nak dikirakan, penalty is a 50-50 punya chance... even if Zinadine Zidane ada pun, belum tentu France menang pagi tu since Trezeguet mesti ambik punya and mesti kena palang jugak kan...kan...kan... Waimah apa pun, salute to Zidane being the best player of the tournament, walaupun dengan adanya insiden menanduk Materazzi tu pun, he deserved to be the best player, sebab dia punya skill yang cukup menarik and semangat yang dia kasi untuk the whole France team tu dasyat... that insident wouldn't have happened kalau mamat Italy tu tak provoked dia... Bagi aku perbuatan dia (Zizou) tu memang patut pun... at least puas hati...

Waimah apa pun ITALY is the CHAMPIONNNNN.... yeeehaaaa... magarita.... lasagna.... cupuccino...

Monday, July 10, 2006

Lama Tunggu???

To all my fans out there, sorry for the long silence......hehehehe....bukan apa, banyak sangat perkara berlaku lately ni especially in June baru2 ni..... dengan world cupnya, AF 4 lagi... pastu plus dengan 9094 punya googlegroup email yang berlambaknya...... boleh dikatakan mencecah angka seratus sehari.... dah la tu, nak baca 9094 punya al-kisah lagi (aku dah letak link to this site kat sebelah tu untuk sapa2 yang minat nak baca).... dgn assignment yang bertimbun lagi.... tu la pasal yang tak sempat nak update blog tu....hehehehehe..... kukuhkan alasan aku ni.... ditambah pula dgn keadaan yang agak malas lately ni.... mungkin sebab tak cukup tido kut....

Walau bagaimanapun, I am looking foward to update this blog later since aku nak gi tgk bole dulu.... later tu bukanlah bermaksud lepas bola.... later tu mungkin esok, lusa or mungkin 3 minggu lagi.... whatever it is... ITALY will be the world cup champion.....

gambar hiasan