Tu la pasal

Saturday, July 22, 2006

Sheila Majid at Planet Hollywood


Kepada peminat-peminat Sheila Majid di luar sana, janganlah melepaskan peluang anda untuk menikmati persembahan beliau secara langsung di Planet Hollywood, Sunday Nite Live pada 23 dan 30 July ini bermula jam 10.30 malam. Persembahan ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke 20 pembabitan beliau di dalam industri muzik.

Beliau dijangkakan menyampaikan rangkaian lagu dari album terbaru beliau iaitu Legenda XVXX yang telah dilancarkan beberapa bulan yang lalu (dapatkan yang original). Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut dan akan disampaikan adalah lagu hit beliau Legenda, Malam Kubermimpi, Kisah Rumah Tangga dan berbagai lagi. Selain itu yang pastinya beliau juga akan turut menyampaikan lagu wajib beliau seperti Antar Anyir dan Jakarta, Aku Cinta Padamu, Warna, Emosi, Dia, Kasih, Ku Mohon dan banyak lagi hasil dari keluaran album2 beliau sebelum ini.

Ia akan menjadi malam yang sentiasa diingati kepada mereka yang menghadiri persembahan beliau kerana beliau sentiasa berjaya menghiburkan peminat2 beliau. Saya sendiri pernah menyaksikan persembahan live beliau di Planet Hollywood beberapa kali sebelum ini dan tidak pernah dikecewakan oleh persembahan beliau. Persembahan live beliau di Planet Hollywood berbeza dengan persembahan konsert beliau di stadium2 kerana persembahan live di Planet akan membuatkan kita merasa lebih dekat atau lebih touching dengan beliau. You will feeI enjoy watching it. So, kepada sesiapa yang yang akan menyaksikan persembahan beliau, hope you'll enjoy the show. As for me, maybe i'm gonna miss this one.... ku didalam Emosi ini,